Mira Oh Mira

Ha ha ha ha ha ha kedengaran suara ketawa tak jauh dari bilik darjah Amirah Syahirah Binti Azman atau dikenali sebagai Mira. Amirah bersekolah di Sekolah Menengah Kebanggsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 terletak di suadamai. Mira seorang yang rajin dan pandai dan dia telah ditempatkan di kelas rancangan khas atau dikenali sebagai KRK. Mira juga seorang yang kuat tidur orangnya dan selalu dimarahi oleh ibunya iaitu Puan Aminatul Sya’diah. Ibunya seorang Pensyarah Bahasa Melayu di Institut Perguruan Teknik Kuala Lumpur berdekatan di Bandar Tun Razak. Manakala ayahnya bekerja sebagai usahawan.
Kedengaran celoteh Teacher Noryani iaitu seorang guru mata pelajaran bahasa Inggeris membuatkan kelas tingkatan 3 Kreatif riuh-rendah. Kedengaran ketawa itu juga menyebabkan loceng berbunyi. KRING ! KRING ! masa untuk Mira balik dengan berjalan kaki dengan sahabat karibnya iaitu Aziera dan Jannah yang juga sekelas bersamanya. Mereka selalu berjalan kaki pulang dan pergi ke sekolah bersama-sama. Almaklumlah rumah bersebelahan saja.
“ Bising betul kelas 3 kreatif tadi tu kan?” tanya Mira kepada sahabat karibnya dengan rasa tak puas hati.
“ Alaa, relax la. Teacher Noryani memang selalu begitu.” Jawab jannah dengan selambanya.
“ Tu belum lagi kalau Ustazah Saripah yang mengajar Pendidikan Islam. Ish, kalau ustazah masuk kelas tu pasti lagi bising dibuatnya. Lagi-lagi suara di kelas tu membingitkan telinga.” Jawab Aziera dengan merungut.
“Wah! Wah! Nampaknya ziera lebih bingung daripada kita ni. Macam merungut pasal hal politik pula.” Jawab jannah sambil gelak.Mereka semua pun turut mengelak bersama.
“ Eh, melebih pula kita ni nya. Tak baik tau mengumpat pasal guru nanti tak berkat pelajaran kita nanti baru tahu.” Tegas Mira dengan pengajarannya. Dia memang begitu. Dia yang mula-mula mengumpat pasal mereka pastu bila orang lain pula yang sambung kata-kata mengumpatnya itu, orang itu pula akan dimarahinya kerana mengumpat pasal mereka. Mira Oh Mira.
Sesudah 10 minit berlalu mereka pun sampai ke destinasi mereka iaitu pulang ke rumah masing-masing. Mereka pun berpisah disitu dan mira terus muju masuk ke rumahnya tanpa menghiraukan rakan-rakannya.Alah diorang dah matang takkan nak ambil hati pula. Itulah kata-kata Mira kalau dia ditegur oleh pengasuhnya atau dipanggil bibik iaitu Mak Su. Sudah 10 tahun Mak su bekerja dengan keluarga Mira.
“Assalamualaikum.” Kata-kata itu disambungkan dengan bunyi loceng rumah Mira yang berkali-kali juga ditekannya dan terus membingitkan telinga Mira yang sedang lena tidur. Almaklumlah baru balik dari sekolah dan masih penat. Kalau korang nak tahu Mira ni seorang pengawas sesi pagi. Memang sah la dia penat. Mira pun segera turun tanpa merungut lalu pakai selendang yang sudah tersangkut di atas kerusi di ruang tamu rumahnya itu dan membuka pintu rumahnya.
“Waalaikummussalam, siap..aa..tuuuu.” Mengah Mira apabila sepupunya yang sebayanya dari sekolah berasrama penuh itu iaitu Syed Muhammad syaid Bin Syed Muhammad Ali. Fuhh....panjangnya nama budak ni. Dia sekolah berasrama penuh kerana dia ni budak pandai yang mendapat 5 A UPSR. Walaupun Mira masih 4 A 1 B tapi Mira memang tak puas hati pada masa itu.
“ ya, nak cari saper pak cik Syaid?.” Tanya Mira dengan malas nya. 
“saya nak cari budak perempuan yang baru bangun tidur tadi tu. Ermm, nama dia tak silap saya Amirah Syahirah Binti Azman.” Perli Syaid kepada Mira. Memang betul pun Mira tidur tengahari memang setiap ahli kembangannya tahu yang Mira seorang anak dara yang suka tidur tengahari.
“Ohh, dia tengah tidur kat bilik atas.Kejap eh saya pergi panggil dia.” Mira lawan balik kata-kata kejam Syaid tadi.
“Eh kejap!..Alaa sekejap lah Mira sayang oii..Orang gurau sikit pun tak boleh..memang betul pun kan?” perli Syaid sekali lagi dan terus melulu masuk kepintu rumah Mira.
“ye arr memang betul!” marah Mira.
“Apa hajat awak bertandang ke rumah saya time-time saya nak tidur ni?”tanya Mira yang malas nak layan orang yang selalu kacau hidupnya itu.
“Ni! ha! Ummi saya suruh bagi mangkuk tingkat ni kat ibu awak. Ummi saya cakap terima kasih daun keladi, lain kali bagi lagi.” Tersengih- sengih Syaid memandang wajah Mira yang sudah mengantuk itu.
“Oh, ok. Ye laa..sesama.”jawab Mira sambil menggosok matanya. Kesian matanya sudah hampir-hampir nak tidur,nak relax relax tetibe datang pulak mamat ni.haish,kesian kesian kesian.
“ok, saya nak balik dulu ni!. Maaf sebab ganggu mimpi awak tadi yew!, Assalamualaikum!.” Jawab Syaid. Dia pun berlalu sesudah Mira menutup pintu rumahnya sambil tidak berkata apa-apa.Syaid tahu yang Mira marah padanya.
Jam tepat pukul 7. 16 pagi dan hari ni Mira terlewat lagi untuk ‘punch card’ di bilik pengawas. Walaubagaimanapun, senior pengawas di situ baik hati lalu bagi peluang kepada Mira dan menyuruh Mira supaya tidak lagi datang lewat pada keesokkan paginya. Pada pagi ini Mira ditugaskan untuk meronda dibelakang sekolah. Mira sangat sangat tidak suka bertugas di belakang sekolah, lagi-lagi di belakang sekolah berdekatan dengan kabin baru yang dicadangkan oleh pengetua untuk membina surau baru tetapi sekolah Mira miskin.So, lambat lagi la maknanya tu.
Mira sambung bertugas dan pada masa itu Mira meronda di tempat yang tidak disukainya itu.walauapapun, kena menjalankan tugas dengan amana. Apabila tiba disitu,Mira ternampak segerombolan pelajar lelaki yang agak bermasalah berkumpul disitu. Pada masa itu Mira sahaja yang bertugas disitu. Mira terfikir bagaimana nak menyuruh mereka memasuki perhimpunan.Mira akan cuba sedaya yang mampu.
“TOLONG PERGI KE PERHIMPUNAN!!” Tegas Mira.Suara Mira tak lah garang sangat, dan sebab itulah Mira perlu menjerit sedikit supaya mereka boleh dengar apa yang Mira katakan.
“Amboi, garangnya pengawas tu, janganlah garang sangat dik,nanti comel lah.” Kata salah seorang dari mereka. Mira sangat arif pasal lelaki tu iaitu Amirul Asraff yang dikenali sebagai Acap. Acap salah seorang pelajar tingkatan 3 produktif, kelas pelajar yang bermasalah.
Mira tidak peduli dengan kata-kata Acap dan terus menyuruh mereka dengan kata-kata yang sama.
Tiba-tiba datang penyelamat Mira yang sudah lama Mira tunggu-tunggu kan tu.
“Oii! Pergi masuk perhimpunan larh!! Kalau kau tak nak masuk perhimpunan,kau masuk bilik disiplin!!” suara yang begitu tegas dan sudah menjadi kebiasaan Mira mendengarnya sepanjang dia bertugas. Ada saja suara orang itu. Nak tahu saper?..hahaha
Mereka sekumpulan tadi tu terus masuk ke barisan perhimpunan tanpa merungut.Mira pun jadi terpinga-pinga dan menoleh kebelakang. Memang sah dia iaitu Ahmad Amir Bin Muhammad bergelar Sr. Amir atau nama singkatannya Amir. Amir menjawat jawatan seorang Biro disiplin kerana dia seorang yang tegas. Tetapi dia baik hati dan seorang yang penyayang. Contohnya macam tadi.
Mira tersipu-sipu malu kerana tidak layak dinobatkan sebai seorang pengawas yang berkebolehan menegur pelajar dengan tegas dan garang kerana mimik muka Mira apabila menegur pelajar seperti seorang kanak-kanak yang marah kerana merampas gula-gulanya. Amir tingkatan 5 Alpha. Dia salah seorang yang populariti yang paling top 10 di sekolah kerana dia seorang lelaki yang kacak,pandai dan berbudi bahasa. Amir jarang tegur Mira dan tidak tahu kewujudan Mira.
“lain kali tegur pelajar mestilah kena tegas sikit.”Tegur Amir kepada Mira.
“Baiklah abang Amir.”Tercungap-cungap Mira kerana malu. Merah padam muka Mira. “Arrgghh.. kenapa aku malang sangat hari ni?” kata Mira Dalam hati.
Amir tersenyum manis dan memandang Mira. Mira balasa senyuman tawar kepada Amir. “Hensem nya abang Amir bila senyum.” Kata Mira dalam hati. Mira terus menjalankan tugasnya sebagai pengawas apabila perhimpunan sudah pun tamat Mira terus mengambil beg dan menjalan langkah menuju ke kelasnya di kabin iaitu kelas 3 Inovatif.Nampaknya cikgu Nurhaida iaitu guru mata pelajaran sains belum masuk lagi la.Lega hati Mira. Mira bersiap-siap untuk subjek sains.
Apabila subjek bertukar subjek,guru berganti guru. Sudah tiba masanya untuk Mira bertugas. Mira kira jam tangan POLO miliknya itu. Lagi 5 minit sebelum loceng rehat berbunyi. Mira cepat-cepat menyiapkan kerja yang diberikan oleh cikgu nya.
KRING ! KRING ! ... Mira bergegas ke Blok B iaitu Blok Gemilang berhadapan dataran perhimpunan. Minggu ini kumpulan Mira ditugaskan di Blok B. Minggu lepas, rasanya kumpulan Mira ditugaskan di Blok D. Abang Zahir iaitu ketua kumpulan dan juga merupakan senior kami. Dalam kumpulan Mira, ada Alya dari kelas 3 Objektif, Sofia dari kelas 3 optimis dan Zahin dari kelas 3 Efektif. Kami semua diberikan tugas yang efisysen yang diberikan oleh abang Zahir. Mira ditugaskan di Pagar Blok B. Di pagar Blok B hanya pelajar yang mahu ke perpustakaan dan selain pelajar tingkatan 3. Tidak dibenarkan membawa makanan ke perpustakaan.
“Nak ke mana?” tanya Mira dengan suara lembut kepada seorang pelajar perempuan di tangga Blok B.
“Saya nak ke perpustakaan.Boleh tak?” jawab pelajar perempuan itu tanpa segan silu.
“Boleh.” Jawab Mira dengan sopan dan senyum manis kepada pelajar perempuan itu.
“Terima Kasih.”kata pelajar itu dengan membalas senyuman manis itu.

KRIIIIINNNG ! KRIIIINNNG ! Jam menunjukkan tepat pada pukul 10.05 pagi dan sudah tiba waktu tamat bertugas dan waktu rehat untuk tingkatan 3. Sekarang tugas seterusnya ialah menghalau pelajar memasuki kelas masing-masing. Selepas itu, baru lah  Mira boleh rehat di kantin atau di koperasi.
“Rehat sudah habis,tolong beredar.Terima kasih.”itulah ayat Mira yang bersopan lagi santun. Sambil tersenyum danterpinga-pinga kerana lapar sangat. Apabila sudah tiada lagi pelajar. Mira terus pergi ke kantin.
“Eh, eh Kosong kantin, takkan tiada siapa yang rehat?.” Kata Mira dengan hairan. Mira tidak perasan yang ada seorang pengawas dibelakaangnya yang turut mendengar kata-katanya tadi.
“Ada lah, meh saya temankan awk.”kata-kata Abang Amir memeranjatkan Mira dari belakang. Amir terus senyum manis kepada Mira yang terkejut beruk di situ. Lalu, baru lah Mira balas senyuman Amir tadi.
“Oh, Tak menyusahkan ke?” Mira tidak tahu hendak cakap apa. Mira segan. Sesegan segan lah.
“Tak pun..tapi kenalah belanja saya makan dulu.”Amir senyum manja kepada Mira dan membuat mira betambah malu dan sesegan segan. Merah padam muka Mira. Mira memang tidak biasa bercakap dengan lelaki kecuali sepupunya Syaid.
“Errmm, ok. Awak nak makan apa? Mira buat-buat Chill depan Amir padahal...tahu tahu he larh eh..
Mira mengambil sebungkus roti dan setin air Hundred Plus.
“Eh, Saya gurau je laa..Hehehe..kalau nak belanja saya pun apa salahnya.Dapat pahala lagi. HIHI.”Amir senyum manja lagi kepada Mira dan kali ni Mira rasa Amir macam nak kena penyepak je.
“Kalau macam tu, saya beli kan awak sebungkus roti dan setin Hundred Plus. Sama macam saya. Tak apa kali ni saya belanja awak. Lain kali awak pula belanja saya yew.” Kata Mira dengan relax dan Amir hanya mengganguk sahaja. Mira terus bayar dan duduk di tempat yang bersih lalu makan makanannya itu sambil ditemani oleh Amir.Walaupun Mira segan tapi Mira buat-buat cool saja depan Amir takut nanti Amir fikir lain pula. Teruk padahnya.
Sesudah habis makan roti dan minum air Hundred Plus di kantin kami berdua berpecah lalu mengikut haluan masing-masing.Amir ke Blok A dan Mira ke kabin.
“Assalamualaikum. Nanti kalau panjang umur kita jumpa lagi ye.” Kata Amir kepada Mira sambil berlawan senyuman sehingga mereka mengikut haluan masing-masing.
Nampaknya dikelas,cikgu Irma Syah iaitu guru subjek matametik sedang menanti dan sudah pun mengajar pelajar yang lain. Mira memberi salam dan memberi alasan kepada cikgu Irma. Cikgu Cuma mengganguk-angguk saja. Mira terus duduk lalu meletakkan blazernya pada kerusi dan teruskan pelajaran di kelasnya.
KRIIIINNGG ! KrrIIinnggg!! Loceng waktu pulang sudah pun berbunyi. Mira rasa penat sangat pada hari ini sebab dia kena berdiri selama 26 minit di perhimpunan kerana ada banyak pengumuman. Tapi tidak mengapa. Sudah tanggungjawabnya sebagai seorang pengawas sekolah.
Tiba di rumah Mira terus mandi dan bersiap untuk beistirehat sebentar sebelum ke taman perumahan berdekatan rumahnya kerana dia sudah berjanji kepada Ziera untuk temannya bermain badminton. Almaklumlah hari ni last sekolah dan terus bercuti seminggu sempena cuti raya Cina.
“ Mak Usu ~ !!” jerit Mira memanggil bibiknya dengan nada manja.
“ya ! Mira, Mak Usu ada dekat halaman rumah ini.Mari lah turun.”jerit Mak Usu yang sedang menyiram pokok bunga. Tanpa berlengah Mira turun dengan laju sambil berpakaian sukan.
“Mak Usu, mana rakit Mira?”tanya Mira.
“Rakit?. Erm,rasanya ada dekat dalam stor. Kejap eh Mak Usu pergi ambilkan rakit. Mira tolong siram pokok bunga ini kejap tau.”laju Mak Usu berpetah. Tanpa menuggu lagi Mira mengambil paip yang dihulur oleh Mak Usu tadi. Mak Usu berlari anak memasuki rumah dan 2 minit selepas tu Mak Usu memberi rakit tersebut kepada Mira. Lalu Mira capai basikalnya tak jauh dari situ dan mengayuhnya ke taman perumahannya itu.
Sesudah sampai, Mira terpandang wajah Ziera yang bengis macam singa betina nak makan orang je. Mira tahu yang dia terlewat 5 minit kerana mencari rakitnya itu.
“Mira! Kenapa awak lambat?” tanya Ziera dengan wajah singa betinanya itu.
“Jap..jap..(semput)..”Semput Mira dibuatnya.Basikal yang dikanyuh itu tadi telah menyebabkan Mira semput. Sebenarnya, Mira ni ada penyakit Lelah.
“oh ok dah. Tadi bibik saya cari rakit badminton lama sangat.Sorry laa. Bukan selalu pun.”petah Mira selepas semput tadi.
“ye la ye la. Cepat lah main nanti hujan pula.”kata Ziera kepada Mira yang kelihatan masih kepenatan mengayuh basikal.
Mereka berdua pun main dengan skill yang mereka ada. Ziera tetap menang. Aziera adalah salah seorang daripada jaguh badminton di sekolah.
Tiba-tiba waktu Mira main badminton dia tersembam jatuh sebab mahu menggelak bola tangkis kena mukanya. Tidak tersangka-sangka Amir juga berada di situ dan tidak menyangka Amir menolong Mira bangun dari tersembam tadi.
Mak! tolong Mira mak! Kenapa dia ada kat sini mak?! Mak tolong Mira!. Mira jerit dalam hatinya. Harap tiada sesiapa yang nampak selain Amir dan Ziera. Amir menyuruh Mira supaya duduk di bangku. Sakit punggung Mira dibuatnya. Ini semua salah Ziera sebab dia yang ajak Mira main badminton.
“Awak okey?”tanya Amir dengan rasa risau.
“tak,sakit sangat...”jawab Mira dengan rasa kesakitan di punggungnya dan sedikit terluka di tangan.
“Sakit kat mana?” tanya Amir prihatin.
“Sakit..sakit dekat punggung....”jawab Mira sambil segan.Merah padam mukanya.
“hahahahaha”ketawa Amir. Mira cuma boleh melihat Amir ketawa sahaja kerana kalau hendak pukul makin sakit pulak punggungnya.
“Janganlah gelak! Sakit tahu tak!?” Marah Mira. Mira terus bagun dan meninggalkan amir kepada Ziera yang tercungap dari tadi.
“Mira! Tunggu!” jerit Amir sambil berlari anak mengejar Mira. Mira buat tak dengar sahaja jeritan Amir tadi. Mira tinggalkan basikalnya disitu. Mungkin pagi esok dia akan mengambilnya. Harap tiada yang mencuri basikalnya nanti masalah lain pula yang timbul.
Sesudah sampai dirumah sambil terkapai-kapai duduk di atas sofa.
“Assalamualaikum!”  jerit Mira. Mak Usu berlari anak apabila nampak Mira terhinjit-hinjit sambil pengang punggungnya.
“Waalaikummussalam”serentak ibu dan ayah Mira menjawab. Mereka pun terkejut melihat satu-satunya anak tunggal mereka dalam keadaan yang begitu rupa.
“Kenapa ni, Mira?” tanya Ibu Mira.
“Tadi Mira tersembam masa main badminton dengan Ziera. Dahlah ada orang tengok. Pastu ada kawan Mira gelak-gelak lagi. Bukannya mahu tolong Mira yang dalam kesakitan ni. Bertambah sakit lagi ada lah.” Jawab Mira dalam satu nafas yang geram. Mak Usu menghulurkan bantal untuk Mira duduk di atasnya.
“haahahahahaha” Ibu dan ayah Mira tergelak terbahak-bahak. Apabila dapat tahu anak malamgnya itu tersembam depan khalayak ramai. Kalau memikirkannya lagi,tentu tak puas menggelak.
“Ayah! Ibu ! Ishh. Geram laa!!” Mira terus naik atas dan masuk ke biliknya dan baring meniarap. Kalau memikirkan apa yang terjadi pada hari ini memang teruk sangat. Lebih-lebih lagi Abang senior pun ada dekat situ, gelakkan Mira pulak tu. Aaaaaaaarrrrrrrrgggggghhhhhhh!!! Geramnya! Jerit Mira.

Bersambung pada hari esok.
Penulis adalah saya sendiri. Tiada kena mengena dengan orang yg sudah meninggal dunia atau yang masih hidup. Novel ini TIDAK dipetik dari mana2 pihak penulis yang lain.
Jika sama dengan hidup anda. Maaf kan saya!
Tq.